SHAH ALAM 23 Nov. – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan distrukturkan semula dalam masa terdekat bagi mengembalikan kegemilangan pasukan ‘The Red Giant’ di arena bola sepak tanah air dan dipersada Asia. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri yakin usaha tersebut akan dapat dicapai di bawah pentadbiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin selaku Presiden FAS. Jelas Amirudin, bagi menzahirkan sokongan kerajaan negeri terhadap kepimpinan Tengku…










