FAM terima peletakan jawatan Subkhiddin - Utusan Malaysia

FAM terima peletakan jawatan Subkhiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan berat hati menerima peletakan jawatan Subkhiddin Salleh sebagai pengerusi jawatankuasa pengadil dan Exco badan induk itu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, atas pengunduran itu, Dali Wahid dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pengadil yang baharu, dengan Datuk Aminuddin Omar kekal sebagai timbalan pengerusinya.

Tambah Yusoff, kekosongan kerusi Exco yang ditinggalkan bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu bagaimanapun perlu diisi dan akan dipilih dalam Kongres FAM akan datang.

“Setelah dua siri perbincangan dibuat secara personal melibatkan Presiden FAM Datuk Hamidin Amin dengan Subkhiddin, dia tetap berkeras dengan keputusannya (ingin berundur).

“Jawatankuasa mengambil dan menghormati keputusan Subkhiddin. Bermakna di sini kami ada satu kekosongan Exco kerana dia letak jawatan bukan sahaja sebagai pengerusi jawatankuasa pengadil. Kami akan isi selepas ini, tidak semestinya (calon) datang sebagai status pengadil.

“Bagi kami, ketiadaannya adalah satu kehilangan besar sebab kami tahu Subkhiddin cukup berpengalaman dan sangat berpengaruh dalam bidang kepengadilan bola sepak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco FAM di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Pada 5 November lalu, Subkhiddin mengumumkan peletakan jawatan tersebut selepas mengambil kira pelbagai kritikan yang diterima mengenai mutu pengadilan pada saingan akhir Piala Malaysia antara Perak dengan Terengganu bulan lepas hingga membabitkan ahli keluarganya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN