LONDON 22 Nov.- Pengendali Manchester City, Pep Guardiola diberi amaran rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan komennya terhadap pengadil, Anthony Taylor sebelum perlawanan menentang Manchester United, minggu lalu. Guardiola didakwa telah melanggar peraturan FA apabila membincangkan mengenai kesesuaian pelantikan pegawai perlawanan itu yang berasal dari pinggiran Manchester. Walaupun Guardiola menyokong Taylor dan menolak sebarang potensi berat sebelah, mana-mana pengurus pasukan tidak dibenarkan bercakap mengenai pengadil sebelum perlawanan. Terdahulu,…










