eSports sah pertandingkan pingat Sukan SEA 2019 - Utusan Malaysia

eSports sah pertandingkan pingat Sukan SEA 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Sukan SEA menyaksikan eSports diiktiraf menjadi salah satu acara yang dipertandingkan pingat dalam temasya berkenaan pada 2019 di Filipina.

Media tempatan Filipina melaporkan bahawa pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara Filipina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA, Alan Peter Cayetano dalam sidang akhbar di Pasay City.

Sukan berkenaan diiktiraf oleh Persekutuan Sukan Elektronik Asia yang bakal menyaksikan sebanyak enam pingat emas di tawarkan dalam Sukan SEA 2019 melibatkan tiga acara iaitu dua menggunakan konsol dan selebihnya mobile dan komputer.

“Kami amat seronok, teruja dan berbangga kerana mempunyai eSports dalam Sukan SEA dengan kerjasama Razer.

“Sukan ini adalah sebahagian penting dalam masyarakat kini,” kata Cayetano. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN