KABUL 12 Nov. – Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dalam satu kejadian di sini hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh termasuk anggotapolis. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish memaklumkan bahawa insiden tersebut berlaku berhampiran pos keselamatan polis, selain beberapa orang cedera termasuk wanita. Menurut saksi, banyak mayat bergemlimpangan atas jalan selepas insiden berlaku. – REUTERS










