KOTA KINABALU – Polis menahan enam lelaki disyaki terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis, Jumaat lepas. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua suspek berumur 20 hingga 37 tahun itu ditahan dalam empat serbuan di sekitar bandar ini, bermula pukul 7.30 pagi hingga 2 petang, semalam. Beliau berkata, dalam siri tangkapan itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM180, kad pengenalan mangsa, lesen memandu pasukan, kad ATM, kad koperasi polis, buku nota kecil dan telefon bimbit. “Kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 23 November…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya