Empat suspek samun ada rekod lampau - Utusan Malaysia

Empat suspek samun ada rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Empat daripada lima suspek yang ditembak mati dalam kejadian samun kedai barangan kemas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama pada 20 November lalu mempunyai rekod lampau.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua mereka berusia 20 hingga 37 tahun itu dikatakan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah samun, dadah dan cubaan membunuh.

Ujarnya, seorang daripada suspek yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor merupakan orang dikehendaki.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui sama ada mereka pernah terlibat mana-mana kumpulan atau jenayah sebelum ini.

“Laporan bedah siasat juga masih belum diperoleh kerana ia perlu dilakukan secara terperinci,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai Program Kepolisan Berprofil Tinggi di sebuah pusat beli belah di Jalan Putra, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×