KUALA LUMPUR 22 Nov. – Sebanyak empat buah negeri masih belum mempunyai enakmen sekatan pengembangan agama lain kepada orang Islam, setakat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff berkata, negeri-negeri itu ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, katanya,hal itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu apa sahaja doktrin dan fahaman lain, ia tidak boleh dikembangkan kepada orang Islam. “Perkara itu bersesuaian dengan Perkara…










