PM rasmi Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan di Sabah hari ini

PM rasmi Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan di Sabah hari ini

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada petang ini.

Program terbabit merupakan antara aktiviti sempena lawatan kerja beliau di Sabah, hari ini.

Pada pukul 12 tengah hari ini, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) di pusat membeli-belah Suria Sabah.

Beliau kemudian dijadualkan menghadiri Mini Konvensyen Keadilan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Peringkat Negeri Sabah pada pukul 2.30 petang di Hotel Klagan 1Borneo.

Pada pukul 4.45 petang pula Perdana Menteri dijadual aman mengadakan sesi tinjauan bazar Ramadan UA Sepanggar, sebelum berbuka puasa di UMS. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×