YANGON 18 Nov. – Polis Myanmar telah melepaskan tembakan dan mencederakan empat penduduk Rohingya selepas menahan dua lelaki yang dituduh menyeludup keluar orang daripada sebuah kem sementara di barat negara Rakhine.
Menurut saksi dan pihak polis, sebanyak 20 polis memasuki kem Ah Nauk Ye, kira-kira 15 kilometer di timur ibu negeri Sittwe menahan dua lelaki yang dituduh memiliki bot yang digunakan dalam usaha menyeludup 106 Rohingya dari negara itu pada Jumaat lalu.
Bot usang yang membawa 25 kanak-kanak dalam kalangan penumpangnya, menuju ke memasuki Malaysia namun tidak berjaya apabila pihak berkuasa menghentikannya di selatan Yangon.
Seorang saksi, Maung Maung Aye, penduduk Rohingya berusia 27 tahun dari kem yang menyaksikan kejadian itu, memberitahu Reuters empat orang cedera dalam insiden itu, dengan dua daripadanya berada dalam keadaan serius.
“Penduduk daripada khemah yang hendak keluar untuk melihat kejadian itu ditembak polis ,” katanya kepada Reuters menerusi panggilan telefon.
Sementara itu, pihak polis memberitahu penduduk Rohingya mengelilingi mereka dengan pedang dan melemparkan batu kepada mereka sehingga mencederakan beberapa pegawai.-REUTERS










