Dybala mahu kekal bersama Juventus - Utusan Malaysia

Dybala mahu kekal bersama Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Pemain sensasi Juventus, Paulo Dybala mengakui tidak berminat untuk berhijrah meskipun dikaitkan dengan kelab gergasi Liga Perdana England (EPL), Manchester United pada musim depan.

DYBALA yang sedang diintai Manchester United mendedahkan dia tidak berminat untuk berhijrah ke kelab lain pada masa ini.

Difahamkan, The Red Devils begitu berminat membawa Dybala ke Old Trafford untuk digandingkan semula dengan pemain tengah yang juga bekas bintang Juventus, Paul Pogba.

Namun, Dybala mengakui masih belum mahu mengangkat kaki daripada juara bertahan Serie A itu apatah lagi ada kehadiran pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo yang menguatkan pasukan tersebut musim ini.

“Saya tidak fikir tentang penghijrahan ketika ini kerana musim bola sepak baru sahaja bermula. Secara jujur, saya sangat gembira dengan Juventus dan mahu kekal di sini untuk tempoh yang lama.

“Saya percaya ini adalah kelab tepat untuk saya meraih banyak kejuaraan pada masa akan datang. Tambahan pula dengan kehadiran Cristiano yang memberi impak tersendiri.

“Justeru, saya mahu terus digandingkan dengannya kerana dia adalah pemain terbaik dunia. Saya harap gandingan kami dapat menjaringkan banyak gol untuk pasukan musim ini,” katanya.

Skuad The Old Lady kendalian Max Allegri kini gah menerajui carta liga Serie A apabila mengumpul 34 mata selepas mengharungi 12 perlawanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN