'Durian runtuh' ke MAHA 2018 - Utusan Malaysia

‘Durian runtuh’ ke MAHA 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Siapa sangka kunjungannya ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 membawa tuah kepada pasangan suami isteri Zolkapli Mohd Darus dan Zainah Mat Nor apabila terpilih sebagai pengunjung ke 500,000 hari ini.

Mereka berdua yang menetap di Sungai Gadut, Negeri Sembilan berjaya membawa pulang penapis air jenama Cuckoo berharga RM4,000 sumbangan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Menurut Zolkapli, dia tidak menyangka kunjungannya kali ini membawa durian runtuh buat dirinya sekeluarga dan cukup teruja menerima hadiah berkenaan.

“Saya terkejut dan tidak menyangka menerima penghargaan sedemikian dan cukup teruja.

“Memang saya berhajat hendak membeli penapis air untuk diletakkan di rumah saya tetapi tidak sangka pula saya mendapat hadiah ini pada hari ini,” ujarnya yang mengunjungi ke MAHA sejak tahun 1980-an lagi.

ZUNIKA Mohamed
ZUNIKA Mohamed menyampaikan hadiah kepada pasangan suami isteri Zolkapli Mohd. Darus dan Zainah Mat Nor apabila terpilih sebagai pengunjung ke 500,000 hari ini. – UTUSAN ONLINE

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr. Zunika Mohamed.

MAHA 2018, ekspo pertanian terbesar Malaysia, berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 22 Nov sehingga 2 Dis ini dengan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’.

Ekspo itu menampilkan 770 gerai jualan dengan penyertaan 680 pempamer mesyuarat perniagaan serta forum perniagaan bersama jemputan daripada agensi kerajaan berkaitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×