Dua pemimpin Khmer Rouge bersalah lakukan pembunuhan beramai-ramai - Utusan Malaysia

Dua pemimpin Khmer Rouge bersalah lakukan pembunuhan beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH 16 Nov. – Dua pemimpin rejim Khmer Rouge didapati bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam keputusan bersejarah selepas hampir 40 tahun kejatuhan rejim yang menyebabkan kematian hampir suku penduduk Kemboja.

Bekas Ketua Khmer Rouge, Khieu Sampan, 87 dan `Abang Nombor 2’, Nuon Che, 92, merupakan dua anggota paling kanan kumpulan pelampau Maoist yang memerintah Kemboja dari 1975-9179.

Kekejaman pemerintahan rejim itu yang diketuai `Abang Nombor 1’ Pol Pot menyebabkan hampir dua juta penduduk Kemboja terkorban akibat dikerah kerja berlebihan, kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai.

Keputusan Dewan Luar Biasa Mahkamah Kemboja (ECCC) itu adalah yang pertama yang memperakui jenayah pembunuhan beramai-ramai itu.

Pada 2014 kedua-dua tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur atas kesalahan melakukan keganasan dan pemindahan paksaan di Phnom Penh pada April 1975.

Namun ECCC hari ini turut mendapati Nuon Chea bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk etnik Vietnam dan minoriti etnik Cham Islam, selain beberapa jenayah lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN