Dua melecur bilik terbakar - Utusan Malaysia

Dua melecur bilik terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov.- Dua individu melecur selepas sebuah bilik di kediaman Teratak Muhibah 2, Taman Desa di sini terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki berusia 56 tahun dipercayai melecur 90 peratus manakala wanita berusia 26 tahun pula melecur 26 peratus di bahagian kaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan  pada 3.07 pagi dan sebanyak 19 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya beberapa minit kemudian.

“Kejadian tersebut turut menyebabkan bilik berkenaan musnah dan kedua-dua mangsa yang melecur dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nordin, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN