Dua maut, lapan cedera kereta bertembung - Utusan Malaysia

Dua maut, lapan cedera kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI 30 Nov. – Dua maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) jenis Proton Exora dan sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton di Batu 15, Jalan Jeli-Grik, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Exora, Mohzan Othman,54 dan penumpang hadapan MPV itu, Rose Haiza Ishak, 44.  

Manakala, tiga lagi penumpang MPV yang cedera ialah Noriman Kharini Mohzan, 7; Norzila Zulaikha Mohzan, 10, dan  Norzaiti Izati Mohzan, 17.   

Sementara kelima-lima mangsa yang berada di dalam pacuan empat roda tersebut turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Jeli oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli.  

Ketua BBP Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Saaid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.05 petang dan tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian. 

“Seramai tujuh pegawai bomba diketuai oleh Norazman Sulaiman bergegas ke tempat kejadian dan terus menyelamatkan lima mangsa yang cedera di dalam kenderaan pacuan empat roda tersebut. 

“Kemudian, pihak bomba menyelamatkan dua mangsa yang tersepit serta mendapati meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini. 

Tambahnya, kedua-dua mangsa yang maut itu diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN