KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dua lagi pemimpin kerajaan disenaraikan dalam portal pengisytiharan harta mydeclaration.sprm.gov.my menjadikan jumlah terkini meningkat kepada 94 orang. Semakan terkini menyenaraikan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa dan isteri dengan pendapatan RM35,662.89. Seorang lagi yang disenaraikan ialah Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah dengan pendapatan RM39,917.84. Sementara itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isteri masih kekal menduduki tangga pertama pendapatan tertinggi dalam portal berkenaan. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya