Dua beradik terperangkap dalam kereta diselamatkan - Utusan Malaysia

Dua beradik terperangkap dalam kereta diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Dua beradik berjaya diselamatkan bomba selepas terperangkap dalam sebuah kenderaan di Jalan PJS 9/18 Bandar Sunway dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika kanak-kanak berusia tiga tahun serta bayi sembilan itu terkunci dalam kereta Mini Cooper milik bapa mereka.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.35 petang dan sebanyak enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Difahamkan, bapa mangsa cuba membuka pintu kereta berkenaan namun gagal sebelum menghubungi bomba.

“Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dipujuk serta diberi tunjuk ajar oleh anggota bagi membuka pintu kenderaan terbabit. Kira-kira 10 minit kemudian, kanak-kanak itu berjaya membuka pintu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Syed Shahril Anuar, kedua-dua beradik itu dilaporkan dalam keadaan selamat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN