KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan dalam kes isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas 17 pertuduhan telah menerima 600 muka surat dokumen daripada pihak pendakwaan. Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Rosmah dalam sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen di sini semalam. “Kesemua dokumen itu diberikan mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah dan ia telah diserahkan pada 30 Oktober lalu,” katanya. Ujar Kumaraendran, bagaimanapun pihaknya memohon tempoh masa sebulan untuk meneliti kesemua dokumen termasuk menunggu satu lagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya