KUALA LUMPUR – Tunang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat yang cedera parah dalam kejadian rusuhan di luar kuil Sri Maha Mariamman, meminta masyarakat agar menghentikan spekulasi mengenai keadaan tunangnya itu.
Nurul Najihah dalam catatan menerusi laman Facebooknya hari ini berkata, tunangnya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, berada dalam keadaan selamat dan meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.
“Tunang saya masih selamat. Tolong la hentikan (spekulasi) yang bukan-bukan. Doakan dia,” tulisnya.
Catatan berkenaan mendapat lebih 800 perkongsian daripada orang ramai dan rata-rata netizen mendoakan agar mangsa segera pulih.
Dalam catatan sebelumnya, Nurul Najihah turut memuat naik status “Kamu kuat. Cepat bangun kamu. @Muhammad Adib. Doakan tunang saya…tak kuat tengok kamu macam tu,” luahnya. – Bernama










