Djokovic, Federer beri sokongan - Utusan Malaysia

Djokovic, Federer beri sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Nov. – Novak Djokovic dan Roger Federer menyokong sebuah pertandingan berpasukan lelaki baharu hanya sehari selepas pemain Serbia itu melahirkan kebimbangan mengenai ketepatan masa bagi kejohanan yang akan berlangsung sejurus selepas Piala Davis yang diubah suai.

Piala ATP (Persatuan Profesional Tenis) diumumkan oleh ATP dan Tenis Australia semalam ketika pusingan akhir ATP di London, akan dipertandingkan dari 2020 di tiga kota Australia sepanjang 10 hari menjelang Terbuka Australia, Grand Slam pertama tahun itu, yang bermula pada Januari.

Pertandingan itu akan menawarkan hadiah wang tunai A$15 juta (RM45.70 juta) sehingga 750 mata Ranking ATP kepada pemenang-pemenang.

“Saya sukakannya kerana pertandingan itu dimiliki oleh ATP, oleh pemain-peman dan kerana kita ada mata ranking dan itu akan menjadi cara terbaik untuk membuka musim,” kata pemain nombor satu dunia, Djokovic.

“Lebih daripada 90 peratus masa yang kami bermain ialah sebagai perseorangan dan kami tiada terlalu banyak acara berpasukan.”

Federer gembira dengan kejohanan baharu dan berkata, Piala Davis tidak akan terjejas.

“Jelas sekali jika Piala Berpasukan Dunia akan diadakan, pemain-pemain akan mahu bermain minggu pertamanya tahun itu, jadi anda akan berfikir itu akan jadi menarik,” kata pemain Switzerland itu selepas mara ke empat terbaik pusingan akhir ATP di London.

“Piala Davis mempunyai sejarah yang amat kaya. Anda akan fikir pemain-pemain akan bermain. Dari sudut pandangan itu, saya fikir tidak banyak yang berubah, umpamanya, atau lebih banyak kejohanan pada kalendar. Itu hanya berlaku apabila terdapat lebih banyak kejohanan berpasukan, yang saya fikir pemain gembira dengannya.”

Ulasan daripada Djokovic yang juga Presiden Majlis Pemain ATP, amat bercanggah dengan pendapat disuarakannya sebelum itu, apabila dia berkata, dua kejohanan berpasukan sama yang begitu rapat tidak boleh bertahan, selain meluahkan kebimbangan berhubung musim yang panjang.

“Saya fikir dalam dua tahun berikutnya akan ada kedua-dua kejohanan yang berlangsung dalam format serupa, enam minggu berlainan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN