JOHOR BAHRU 15 Nov. – Hotel Berjaya Waterfront bukan nama asing bagi orang ramai, terutamanya peminat pelbagai jenis makanan, khususnya kafe Salt ‘n’ Pepper dan Palm Bistro.
Bagi menarik lebih ramai pelanggan dan memberikan pengalaman indah, hotel tersebut mengadakan promosi ‘Dining with a view’ baru-baru ini.
Diterajui oleh Pengarah Operasi yang baharu, Mohan Raj, hidangan yang disajikan di kafe tersebut diberi sentuhan unik, tetapi pada harga yang berpatutan.
“Hasrat kami untuk membolehkan orang ramai mengingati kembali tentang intipati sebenar menjamu selera. Akronim EAT (makan) meringkaskan hasrat ini, iaitu ‘Experience’ (pengalaman, ‘Appreciation’ (penghargaan) dan ‘Taste’ (rasa).
“Pengalaman ketika makan, di samping menikmati suasana serta pemandangan indah menghadap laut dan perkhidmatan yang baik serta menghargai saat indah bersama-sama insan tersayang seperti keluarga, sahabat, pasangan dan kenalan perniagaan.
“Merasa dan menikmati persembahan masakan yang hebat, dengan harga yang sangat berpatutan dan Hotel Berjaya Waterfront adalah pilihan yang tepat dan sesuai,” kata Mohan Raj kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Menurutnya, hidangan istimewa yang disajikan oleh kumpulan chef yang diketuai Chef Eksekutif, Jamaluddin Sadikum atau lebih mesra dipanggil Chef Jamal ialah ‘oven baked lamb rack’ dan ‘boneless chicken roll.’
Hidangan tersebut turut disertakan dengan pembuka hidangan dan pencuci mulut, iaitu coklat ‘brownies’ yang begitu popular dengan aiskrim vanila dan sos karamel.
Hidangan ‘Dining with a view’ boleh dinikmati setiap hari.









