Didakwa rompak pemandu Grab - Utusan Malaysia

Didakwa rompak pemandu Grab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan me­lakukan rompakan berkumpulan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang pemandu perkhidmatan Grab sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM2,710, dua bulan lalu.

Mohammed Azlan Shah Zamri, 24, Dicky Zulkarnain Eddy Sanjaya, 23 dan seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Jujur 1/6, Taman Bakti, Ampang di sini pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 September lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Mok Jun Yue, 21, dan merampas beberapa keping kad bank, seunit telefon bimbit jenama iPhone, kad akses rumah dan kad pengenalan milik lelaki itu dan ketika kejadian mereka menggunakan sebilah pisau.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Sek­syen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin selain dua daripada tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan.

Hakim Suzana Hussin tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin dan mene­tapkan 20 Disember ini untuk sebutan kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN