Di mana suara pakar ekonomi seperti Dr. Jomo selepas Belanjawan 2019 - Utusan Malaysia

Di mana suara pakar ekonomi seperti Dr. Jomo selepas Belanjawan 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) mempersoalkan di mana suara pakar-pakar ekonomi seperti Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Dr. Mohammed Abdul Khalid yang dilihat membisu dalam menyuarakan pandangan mengenai Belanjawan 2019.

Takiyuddin berkata, selain kedua-dua pakar tersebut, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang sering memberikan ulasan mengenai belanjawan yang dibentangkan sebelum ini juga nampaknya tidak memberikan pandangan mereka selepas menjadi orang penting di dalam kerajaan.

“Setiap tahun kita bentangkan belanjawan, ramai pakar ekonomi yang berikan ulasan, antara yang sering (beri ulasan) dalam negara saya sebut tiga empat orang, Jomo, Mohammed,  Dzulkefly dan ahli Parlimen Pasir Gudang (Hassan Abdul Karim).

“Tetapi malangnya, apabila Belanjawan 2019 dibentangkan, pandangan Jomo sudah tidak didengari, Mohammed sudah tidak ada, Dzulkefly pun tidak ada, Pasir Gudang ada sikit,-sikit,”katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar  dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Takiyuddin adakah kerana pakar-pakar ekonomi tersebut kini berada di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) maka mereka tidak lagi mengeluarkan pandangan mengenai ekonomi negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN