KUALA LUMPUR 15 Nov. – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Menteri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim baru memasuki dewan mahkamah yang akan mendengar pendakwaan terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir mengiringi isterinya yang berbaju kurung warna hijau.
Turut berada di galeri awam ialah Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Galeri awam awam juga mula dipenuhi ahli keluarga kedua-dua individu terbabit. – UTUSAN ONLINE










