Debaran Sumareh - Utusan Malaysia

Debaran Sumareh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Harimau Malaya mempunyai masa sehingga pagi esok untuk menentukan sama ada ayam tambatannya, Mohamadou Sumareh mampu diturunkan dalam aksi penting Kumpulan A, Piala AFF menentang Vietnam, esok.

Pemain kelahiran Gambia itu mengalami kecederaan hamstring dalam latihan dan tidak diturunkan ketika Malaysia mengalahkan Laos 3-1 di Bukit Jalil, Isnin lalu.

“Sumareh makin baik, namun sudah tentu kami ada lebih daripada 24 jam untuk menilai keadaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kehadirannya bagus untuk pasukan tetapi kami kena mengikut nasihat doktor sama ada dia bersedia atau tidak untuk perlawanan esok,” kata Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe dalam sidang akhbar di Hanoi, hari ini.

Mengulas mengenai pertemuan getir menentang juara 2008, Vietnam, Cheng Hoe berkata, pasukannya perlu meningkatkan permainan berbanding ketika menewaskan Kemboja (1-0) dan Laos dalam dua aksi pertama.

“Pemain kami bermain baik setakat ini dengan mengutip tiga mata dalam setiap perlawanan tetapi saya mahu mereka bermain lebih baik menentang Vietnam kalau mahu pulang dengan keputusan positif.

“Saya menaruh keyakinan kepada mereka. Esok, mereka perlu meningkat ke satu tahap, fokus dan kekalkan disiplin,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×