MANCHESTER 30 Nov. – Manchester United dilaporkan telah mencapai kata sepakat melanjutkan kontrak penjaga gol mereka, David De Gea sehingga 2020, kata sumber kepada ESPN FC
United telah mengaktifkan klausa dalam kontrak penjaga gol Sepanyol itu sekali gus mengikat De Gea untuk jangka masa 12 bulan lagi.
Rundingan untuk mengikat De Gea dalam tempoh lebih panjang sedang dalam proses selepas kontrak dia sepatutnya berakhir pada Jun tahun depan.
De Gea yang menyertai United pada 2011 daripada Atletico Madrid pernah dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada kelab itu dan sepatutnya bebas berbincang tentang perpindahan ke kelab lain melalui perpindahan percuma seawal Januari jika kontraknya tidak dilanjutkan. – AGENSI










