PEMINAT industri hiburan tanah air sedia maklum akan kebolehan penyanyi ini dalam melontarkan pelbagai jenis irama lagu. Berilah apa genre sekalipun, sama ada kepunyaan sendiri atau milik penyanyi lain, Dayang Nurfaizah, 37, tidak menghampakan, malah mampu menyanyi dengan penuh cemerlang. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pelantun lagu Selagi Masih Ada Cinta ini sebenarnya cukup teliti memilih lagu. DAYANG NURFAIZAH akui mengambil masa dan cukup teliti membuat pilihan terhadap lagu-lagu…










