Datuk Seri Mustafar Ali dipilih sertai persidangan SBM 2018 - Utusan Malaysia

Datuk Seri Mustafar Ali dipilih sertai persidangan SBM 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipilih untuk menyertai persidangan Smarter Border Management (SBM) 2018 di Hilton, Canary Wharf, London, United Kingdom.

Persidangan yang diadakan bermula 13 November dan berakhir hari ini turut menghimpunkan tokoh pemimpin dan pakar dalam kawalan sempadan, imigresen, industri keselamatan kawalan sempadan dan penerbangan dari seluruh dunia.

JIM dalam satu kenyataan berkata, pemilihan Mustafar oleh penganjur adalah sebagai pengiktirafan terhadap pengalaman luas beliau selama lebih 30 tahun dalam bidang integriti serta pencegahan rasuah di dalam negara dan antarabangsa.

“Mustafar, dijemput khas sebagai salah seorang pembentang dengan tajuk Malaysia: Empowering Country’s Immigration System pada 13 November lalu,” katanya.

Jelasnya, penglibatan Mustafar dalam persidangan tersebut meletakkan nama JIM khususnya dan Kementerian Dalam Negeri serta negara amnya di persada antarabangsa sebaris dengan nama-nama besar di dalam agensi kawalan sempadan di seluruh dunia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN