Datuk dan 4 individu dibebaskan dengan jaminan SPRM - Utusan Malaysia

Datuk dan 4 individu dibebaskan dengan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Nov. – Pegawai kanan Jabatan Imigresen negeri bergelar Datuk yang ditahan bersama empat individu lain sejak empat hari lalu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nurhidayah Abd. Manaf mengeluarkan perintah itu selepas tempoh reman empat hari terhadap kelima-lima suspek tamat hari ini.

Datuk berkenaan dan tiga pegawai jabatan itu masing-masing dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Seorang lagi individu yang juga ahli perniagaan dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 berdeposit dengan seorang penjamin. 

Isnin lalu, kelima-lima suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes rasuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN