KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kerajaan kini dalam kerangka melaksanakan kajian Dasar Agromakanan Negara 2.0 bagi tempoh 2021 hingga 2030 bagi memacu pemodenan sektor tersebut. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dasar baharu itu akan menyusun semula strategi untuk mempercepat proses pemodenan selain mengurus permintaan dan penawaran makanan. Selain itu, katanya, Dasar Agromakanan Negara 2.0 juga akan menyelaras semula pelaburan kerajaan dan swasta untuk pembangunan infrastruktur, pembinaan modal insan…










