DAP usah guna ancaman 13 Mei tidak ratifikasi ICERD - MCA - Utusan Malaysia

DAP usah guna ancaman 13 Mei tidak ratifikasi ICERD – MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – DAP seharusnya tidak menjadikan ancaman peristiwa 13 Mei 1969 sebagai alasan di atas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Timbalan Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, alasan tersebut menunjukkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan parti itu gagal meyakinkan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan janji yang ditabur ketika pilihan raya sebelum ini.

“Kit Siang tampang pincang apabila berkata rusuhan seperti 13 Mei yang mungkin berlaku merupakan alasan mengapa DAP tunduk kepada desakan mengenai isu ICERD. Beliau gagal meyakinkan sekutunya untuk melaksanakan janji mereka.

“Ini yang berlaku biarpun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah bersetuju untuk melaksanakan dan meratifikasi ICERD pada satu konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kabinet turut menyokong namun agak menyedihkan apabila terpaksa ditangguhkan kerana tunduk atas desakan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan pada 23 November lalu menegaskan tidak akan meratifikasi ICERD sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN