JOHOR BAHRU 24 Nov. – Kenyataan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian tentang prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri mengecewakan tidak berasas dan sengaja dibuat bagi mengelirukan masyarakat. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dakwaan itu tidak dibuat dalam konteks sebenar berserta maklumat lengkap. Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, dakwaan mengatakan GLC mempunyai hutang yang banyak dan tidak untung menyebabkan banyak program pro-rakyat terpaksa…










