CRY sasar kutipan RM100,000 bantu kanak-kanak kebuluran di Yaman - Utusan Malaysia

CRY sasar kutipan RM100,000 bantu kanak-kanak kebuluran di Yaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Children Of The Republic of Yemen (CRY) menyasarkan kutipan RM100,000 dalam tempoh tiga bulan menerusi kit makanan bagi membantu kanak-kanak di negara Yaman.

Pengerusi CRY, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Agil berkata, kutipan tersebut bagi membantu hampir 5.4 juta kanak-kanak di negara tersebut yang kebuluran akibat perang saudara. 

Katanya, ini termasuk di bandar Aden, Al Hadidah, Zabit dan Sana’a yang menempatkan kebanyakan kem pelarian bagi kanak-kanak.

“Kutipan ini adalah bentuk dalam konsep wakaf dengan kit makanan itu mengandungi serbuk susu, tepung, bijirin, biskut dan makanan bayi iaitu cerelac. 

“Setiap kit tersebut disediakan dengan sumbangan RM100,” katanya pada sidang akhbar pelancaran dana tersebut di sini hari ini. 

Jelas beliau, orang ramai turut boleh menghulur bantuan menerusi nombor akaun 512101356344 (Maybank) atas nama Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita (WSFFM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN