LONDON 31 Okt. – Antonio Conte tidak pernah berhasrat membimbing Real Madrid, sebaliknya mengintai untuk menggantikan Jose Mourinho di Manchester United. Bekas pengurus Itali, Juventus dan Chelsea itu disebut-sebut sebagai calon pilihan menggantikan Julen Lopetegui yang dipecat Los Blancos semalam, begitupun gergasi bola sepak Sepanyol tersebut akhirnya melantik Santiago Solari sebagai jurulatih sementara. Nama Conte juga tiada dalam senarai untuk dilantik sebagai pengurus tetap, sebaliknya Presiden Real Madrid, Florentino Perez dikatakan berminat membawa balik Mourinho ke Santiago Bernabeu atau melantik pengendali Belgium, Roberto Martinez. Menurut akhbar Itali, Gazetta dell Sport,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya