KLANG – Tiga orang guru termasuk seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran, di sini direman selama tiga hari berhubung kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM5,000 berkaitan penukaran guru di sekolah terbabit. Perintah tahanan reman yang bermula semalam dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Klang, Azimah Mohd. Yusof bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya