CEO Cradle Fund terima ugutan bunuh, sebelum dibunuh - Utusan Malaysia

CEO Cradle Fund terima ugutan bunuh, sebelum dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum beliau dibunuh, lapor sebuah portal berita.

The Malaysian Insight melaporkan, Nazrin menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali yang mengugut akan membunuhnya.

Portal itu melaporkan Nazrin menganggap ugutan itu serius dan telah membuat laporan polis.

Nazrin, 45, maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Kematiannya kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN