Calon SPM ditahan lakukan aksi 'Wheelie' - Utusan Malaysia

Calon SPM ditahan lakukan aksi ‘Wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Lima remaja lelaki termasuk seorang daripadanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, mereka yang berumur antara 17 hingga 25 tahun itu ditahan kerana melakukan aksi ‘Willie’ yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

AKSI ‘Willie’
AKSI ‘Willie’ yang dilakukan penunggang motosikal di Dataran Merdeka dalam Op Samseng di sekitar Kuala Lumpur malam tadi. – UTUSAN ONLINE/Ihsan PDRM

“Kesemua remaja itu ditahan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara bahaya dan tiga daripada mereka juga tidak mempunyai lesen memandu.

AKSI ‘Willie’ yang dilakukan penunggang motosikal
AKSI ‘Willie’ yang dilakukan penunggang motosikal di Dataran Merdeka dalam Op Samseng di sekitar Kuala Lumpur malam tadi. – UTUSAN ONLINE/Ihsan PDRM

“Operasi tersebut yang bermula pukul 11 malam sehingga 2.30 pagi itu diketuai Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintenden Ahmad Fuad Nin Mahmod.

“Polis mengeluarkan 11 saman termasuk mengubah suai motosikal dan tiada cermin sisi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN