Calon SPM antara 5 remaja ditahan - Utusan Malaysia

Calon SPM antara 5 remaja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara lima remaja lelaki yang ditahan menerusi Ops Samseng Jalanan kerana menunggang motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi ‘Wheelie’ di Dataran Merdeka di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi pada pukul 11 malam itu diketuai oleh Asisten Superintenden Ahmad Fuad Mahmod dari Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur dengan kekuatan anggota seramai sembilan orang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua mereka ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan melakukan aksi ‘Wheelie’ sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mereka terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan seorang remaja warga Pakistan berusia lingkungan 17 tahun hingga 25 tahun.

“Kesemua remaja berkenaan ditahan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara bahaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly lagi, hasil siasatan awal mendapati tiga daripada lima remaja yang ditahan tersebut tidak mempunyai lesen memandu.

“Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 11 saman terhadap kesemua remaja terbabit atas kesalahan mengubahsuai motosikal, tiada lesen memandu dan tiada cermin sisi,” jelasnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×