KUALA LUMPUR 28 Nov. – Sesi sidang Dewan Rakyat sebentar tadi riuh seketika apabila kos bagi membiayai panda gergasi yang ditempatkan di Zoo Negara, dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar, menjelaskan perbelanjaan menanggung pemeliharaan panda itu sepanjang tahun ini berjumlah RM4.6 juta dan dijangka meningkat kepada RM7.3 juta bagi tahun depan. Kata beliau ketika menggulungkan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa…









