Cabul: Bekas pembantu peribadi wakil rakyat DAP diarah bela diri - Utusan Malaysia

Cabul: Bekas pembantu peribadi wakil rakyat DAP diarah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 29 Nov. – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan bekas pembantu peribadi wakil rakyat DAP, L. Prem Anand hadir membela diri pada 15 Januari depan berhubung tuduhan mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta tahun lepas.

Majistret Jamaliah Abdul Manaf membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap pertuduhan tersebut pada akhir kes pendakwaan hari ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Ra­ya, Mohamad Shafiq Mohd. Sazalli manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran, S. V. Kumar dan Audrey Wee.

Prem Anand, 51, yang juga bekas ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, kira -kira pukul 11.30 malam pada 6 Julai 2017.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana hukuman itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN