KUALA LUMPUR 22 Nov. – Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ yang didakwa atas dua pertuduhan mendera anak tiri lelakinya, diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan psikiatri selama 30 hari. Hakim Azrul Darus memutuskan demikian terhadap Khairul Izaini Khairuddin, 31, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah selepas lelaki itu yang tidak bekerja memaklumkan bahawa dia pernah menjalani rawatan…










