'Bomba terpaksa berundur' - KP Bomba - Utusan Malaysia

‘Bomba terpaksa berundur’ – KP Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 27 Nov. – Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang dikejarkan ke Kuil Maha Mariammam, USJ 25 selepas menerima panggilan kecemasan pagi tadi terpaksa berundur selepas diserang oleh sekumpulan perusuh.

Kekecohan itu turut mengakibatkan seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, cedera parah akibat dipukul dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, seramai lapan anggota bomba yang terlibat dalam operasi tersebut menggunakan jalan alternatif untuk tiba ke lokasi kenderaan terbakar di kawasan kuil tersebut.

SLUG : JHR_BOMBA KOSONG JOHOR BAHRU 06 Julai 2018 - KETUA Pengarah
Mohammad Hamdan Wahid

Menurutnya, lima anggota bomba menaiki sebuah jentera manakala dua lagi termasuk Muhammad Adib datang ke lokasi dengan menaiki jentera EMRS.

“Ketika itu keadaan sudah terkawal namun apabila mereka mahu keluar untuk menjalankan tugas, tiba-tiba anggota bomba diserang oleh sekumpulan perusuh yang mula membaling batu ke arah jentera dan mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan bomba.

“Tiada apa yang dapat mereka lakukan selain berundur dan membatalkan operasi ketika itu namun ketika keadaan kelam-kabut, dalam tidak sedar Muhammad Adib ditarik keluar dari kenderaan oleh kumpulan perusuh,” katanya kepada pemberita selepas melawat Muhammad Adib di SJMC di sini hari ini.

Hamdan berkata, JBPM hanya menjalankan tugas untuk menyelamatkan nyawa sehingga memperjudikan nyawa sendiri dan tidak menyangka perkara seperti ini berlaku kepada anggotanya.

“Kami harap niat baik pasukan bomba tidak disalah anggap. Semua pihak harus kawal emosi dalam keadaan ini dan perlu jngat negara ini ada undang-undang.

“Apa yang berlaku amat mendukacitakan. Pasukan penyelamat sentiasa berkorban masa dan nyawa untuk selamatkan orang ramai, dan mungkin sebelum ini perusuh-perusuh ini juga pernah dibantu oleh pasukan bomba apabila mereka berdepan kesusahan seperti kebakaran dan sebagainya,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN