KUALA LUMPUR 24 Nov. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggesa orang ramai berwaspada dan tidak melakukan aktiviti luar, khususnya di kawasan berisiko sepanjang musim perubahan monsun yang bermula awal November hingga Mac tahun depan. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, perubahan angin monsun barat daya kepada monsun timur laut tersebut menyebabkan berlakunya ribut petir dan angin kencang, selain peningkatan jumlah taburan hujan yang akan mengakibatkan pelbagai kejadian…










