KUALA LUMPUR 27 Nov. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24. JBPM menerusi satu kenyataan berkata, Muhammad Adib kini sedang bertarung nyawa dan hanya bergantung kepada sistem sokongan hayat di Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya. “JBPM mengharapkan agar tiada sebarang penyataan yang tidak benar disebarkan orang yang tidak bertanggungjawab berkenaan dengan…










