Bomba nafi Muhammad Adib dilanggar - Utusan Malaysia

Bomba nafi Muhammad Adib dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov.- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan dakwaan anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights awal pagi semalam telah dilanggar.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd. Kassim sebaliknya merupakan seorang anggota lain.

Ujarnya, anggota terbabit merupakan anggota dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT bernama Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31.

“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN