KUALA LUMPUR 1 Nov. – Sempena dengan pembentangan Belanjawan 2019 esok, Barisan Nasional (BN) membentangkan Inisiatif Ekonomi Rakyat yang dipacu oleh tiga teras iaitu merancakkan pembangunan, meningkatkan pengagihan dan kalis masa depan. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Kabinet Bayangan BN, Khairy Jamaluddin berkata, BN akan meneruskan falsafah ekonomi utama iaitu merancakkan pembangunan untuk mewujudkan peluang ekonomi dan kekayaan. Katanya, insiatif tersebut bukan merupakan belanjawan alternatif kepada Belanjawan 2019 tetapi merupakan inisiatif BN berdasarkan kejayaan terdahulu kepada rakyat dan beliau mengharapkan ada idea yang akan diguna pakai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). “Antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya