Bisik-bisik Awang Selamat - 26 November 2018 - Utusan Malaysia

Bisik-bisik Awang Selamat – 26 November 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG bimbang dengan pelbagai kenyataan yang dibuat pelbagai pihak susulan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Keghairahan ini jika tidak disekat akan mencetuskan masalah lain, isu diskriminasi bertukar kepada perkauman.

Sesuatu perlu dilakukan bagi menamatkan pelbagai pertikaian. Jika benar ada golongan pelampau, buktikan dan ambil tindakan. Jangan segaja mencetuskan perasaan curiga mencurigai, menghasut atau membakar sentimen rakyat pelbagai kaum.

Masih timbul perasaan tidak puas hati atau tidak yakin walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan pendirian kerajaan baru-baru ini. Keputusan muktamad yang diyakini perlu diambil supaya tidak timbul lagi cakap-cakap yang menjejaskan keharmonian kaum.

Salah satu cadangan ialah membawa perkara ini ke Dewan Rakyat. Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini bagi menamatkan segala pertikaian. Jelaskan kepada rakyat kesediaan kerajaan di Parlimen. Huraikan apa yang sebenarnya berlaku.Selagi tidak ada pernyataan yang kukuh, perkara ini akan terus berlegar dalam kalangan masyarakat.

Awang berharap kerajaan dapat membuat keputusan yang boleh diyakini rakyat supaya suasana akan lebih harmoni. Semua pihak harus sepakat untuk melupakan ‘sengketa’ ini supaya tidak dibangkitkan lagi pada masa hadapan. Sekiranya berlaku perhimpunan rakyat pada 8 Disember, ia hanya sekadar untuk menyatakan rasa syukur atas penolakan kerajaan itu.

AWANG – Semakin gelisah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×