AWANG bersyukur dengan keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, semalam. Sememangnya keputusan yang diambil itu bertepatan dengan kehendak majoriti rakyat negara ini khususnya orang Melayu dan kaum bumiputera yang mahu ICERD ditolak sepenuhnya oleh kerajaan memandangkan konvensyen tersebut jelas bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Malah sebahagian besar kaum Cina dan India menolak ICERD. Selama…










