RANTAU PANJANG 7 Nov. – Seorang bapa dari Kampung Bongo di sini sanggup berulang alik sejauh 10 kilometer (km) menggunakan bot bagi memastikan anaknya yang merupakan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 tidak ketinggalan dalam pelajaran. Mohd. Nor Isa, 55, berkata, bot menjadi kenderaan utama penduduk ketika ini selepas laluan utama di kampung berkenaan sudah ditenggelami banjir sejak dua hari ekoran limpahan air Sungai Golok akibat hujan lebat. Menurutnya, walaupun berdepan sedikit kesukaran namun dia tetap mahu memastikan anaknya itu mampu ke sekolah. “Lagipun anak saya akan menduduki STPM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya