Bersyukur Allah lindungi rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Bersyukur Allah lindungi rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI 24 Nov. – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad melahirkan perasaan syukur dan gembira dengan penegasan kerajaan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

Mohamad Shukri berkata, beliau berharap semua pihak terutama golongan yang bersikap ‘pelampau’ juga akan menerima keputusan kerajaan itu dengan terbuka.

Tanpa menjelaskan definisi pelampau yang beliau maksudkan, Mohamad Shukri berkata, keputusan itu juga menunjukkan kerajaan memberi perhatian kepada sensitiviti masyarakat.

“Kita bersyukur kerana Allah SWT selalu melindungi rakyat Malaysia daripada terjadinya perkara yang tidak diingini.

“Terima kasih kepada kerajaan tetapi dalam masa sama kita berharap tidak akan berlaku pusingan ‘U’ selepas ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri semalam bahawa kerajaan menegaskan tidak akan meratifikasi ICERD.

Sebelum ini, Mohamad Shukri dilaporkan menempelak sesetengah pihak yang sering menggunakan hujah realiti dan persepsi sebagai niat menghalalkan konvensyen itu untuk diratifikasi dan meminta rakyat tidak tertipu dengan tuntutan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN